Friday, June 24, 2011

Claw ur skin, white stripes appear? Get a quick fix, today! At #BeautyCentury. #MilkADeal

Claw ur skin, white stripes appear? Get a quick fix, today! At #BeautyCentury. #MilkADeal

Kak Long & bantal busyuk......uuuwwweeeekkk

Tetiba lak me buat entry ni lak kan.....bukannya apa saja nak menghabiskan masa yg ada n yg tengah boring giler ni. Satu tabiat anak dara me sorang ni iaitu dengan bantal busuknya yg dak jangka hayat bantal tu pun sama dgn umur dia jugak (9 tahun dahhh). Yang hairan tu sampai nak ke dapur pun bawak jugak, pastu siap letak atas meja makan yg xtahan tu silap2 masuk dalam lauk pauk n makanan mau la mak ko ni hangin 1 umah huhuhu. Rasanya tempat yg dia xbawa bantal busuk dia kat sekolah, kelas agama KAFA n mandi ja kot sekarang ni, tempat lain semua dia usung ja kemana pun bantal tu. Jangan xtau dia nak masuk toilet buang air pun dia bawak, bila tanya dia jawab apa tau "mama ni nak tutup idung la bila tutttt" sakit ati n nak gelak pun ada, biaq pi la kat dia. Bantal tu waktu dia tidoq lak hanya utk tutup mata jer n cium.....yg hairan tu bantal tu xdak la pulak terlepas dr tangan dia waktu tidoq (ajaib tul la anak aku ni huuhuh). Kalau bangun tidoq bantal tu pun bangun skali la, yg si adik asyik mengusik jer kejanya....siap amik bantal tu sembunyi or baling2 bg si kakak sakit ati heheheh. Lagi kalau p umah tok dia ka mana pun lah sampai KL skali pun ttp bersama2 jua hahaah. Tapi yang specialnya bantal tu dr me letakkan sarung cantik2....pati bantal tu akan berbogel jua akhirnya huhhhh hairan2. Rasanya selama 9 thn baru basuh 3 - 4 kali ja kot, tu pun dia dah gelisah macam kuning nak beranak ja. Kalau nak tgk rupa sebenar bantal tu haaa taaaraaaaaaaaaaaa.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
scroll lg skit ja hehehe
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


haaaaa ni la bantai yg xlekang2 dr tangan, adik pun numpang aksi lak heheh. And sila abaikan manusia dlm kegelapan dibelakang tu (bapak diorang la tu)


Tuesday, June 21, 2011

Part Time Biznes Online......

Apa biz yg sesuai ekkkk


Wahhhhhh tetiba jer me rajin lak update entry kan......bkn apa anak2 dah tiod senang la si mama nak mengarang yang pelik2 ni hehehhe. Tengah2 relax ni terpikir lak nak buat biz online sbb me tengok ramai sgt kawan2 buat biz ni menjadi jer. Tapi bila dipikir2kan biz apa yang me nak jual nnt huhuhuhuh poninggggg. Me dengan berbesar ati nak la komen n cadangan dari u all untuk cita2 murni me kali ni hehhhehe........insyaallah kalau la menjadi n ada biz yang sesuai untuk me buat melalui online me akan berusaha semampu yang boleh. Sbb utama nak tambah pendapatan la memandangkan anak2 semakin membesar n keperluan bertambah.....hope u all dapat bantu me k............see yaaaaaaaa

Motivasi Buat Diri Sendiri.......iktibar bersama

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Monday, June 20, 2011

MUSIM DURIAN TIBAAAAAAAA..........pakat mai makan

Mariiiiiiiiiiiiiiii semua peminat Raja Buah (DURIAN) pakat mai Penang pekena deqeyan Balik Pulau the best in the WORLD (world la sgt kan).....macam tukang lelong buah durian pun ada hahahhaha. Sabtu baru2 ni me n my prenzzzz buat SERBU GEMPAQ ke dusun di balik pulau untuk serbu makan durian la........tp we all xpi makan yang tepi2 jalan jual tu, we all ke dusun JAMES (toke dusun namanya). Habis segala jenis buah durian dari gred A hinggalah ke yg paling biasa2 jer kami bantal, mau malam tidoq pakai berkemban ja ni hehehheh. Kat dusun ni kalau u all nak beli bawa balik pun xkan dapat mcm kat tepi2 jalan punya gred n harga.....caya la wa cakap lu.



 wowwww bila tgk buah kat atas pokok ni mcm nak tidoq kat situ ja tunggu buah jatuh


  Pakat pulun dah tu sampai xtgk belakang dah.....


xsalah ni yang the best quality skali.....nama yg ni MUSANG KING , mmg kena xhengat2 la


 Chaom & Ammar cam xleh pisah ja......dah la colour baju pun sama haihhhhh pa nih :D


Wedding Fatin (fat2) & Haizzan 11.6.2011

 Akhirnya adikku Fatin Dhaniyah disatukan jua bersama insan tersayang Haizzan.....moga kekal hingga akhir hayat kalian. Segala rintangan yang mendatang harungilah dengan penuh kesabaran (mengalahkan Ustazah Mashitoh lak nasihat uwekkkk). Haizzan jaga Fatin baik2 tau......sepertimana mak ayah dia jaga, Insyaallah.........


 bersama2 rakan seperjuangan PDTTL & exPDTTL hehehe


 Fat2 (panggilan manja me kat dia) & Me (awat tiba2 me nmpk kecik nih, perasan skit xpa kan)


 Ayu la konon.....tp ada org tepi jeling nampak (jelous pa hahahah)


Mana p pun mesti WAJIB k pic meriahkan suasana majlis hahahaha

Thursday, June 16, 2011

Ermmm.....mcm pernah try jer heheeh :D


Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina


Kalau ditengok2, ditilik2 mmg mcm susah nak caya kan benda2 mcm ni semua.......setelah diservay2 pada kengkawan n termasuk diri sendiri Kalendar Cina mcm betul la jugak, ermmmm maybe kebetulan tp xsalahkan kalau kita mencuba semuanya ketentuan di tangan yang maha esa kan. Bagi yang masih tercari2 cara ini salah satu yang u all boleh cuba sbb me pernah cuba pada anak kedua dulu....Alahamdulillah menjadi la akhirnya hehhehe. Bagi yang berminat u all kaji2 lah entry me kali ni ;)

Tentukan Jantina Anak Dengan Kalendar Cina

Ramai pasangan yang nak kan anak sepasang. Tapi ada jugak yang tersasar dari matlamat, sampaikan TER-dapat semua anak lelaki atau semua anak perempuan.
Ada caranya, untuk tentukan jantina anak. Jom kita tengok......


Ini nam-anya kalendar cina yang dah lama di kaji dan diguna pakai oleh orang cina sejak beratus tahun dulu. Sebab tu korang selalu nampak -mostly Chinese anak mesti sepasang. Kalendar ni dah ada range umur dari 18-45 tahun. So, yang bawah umur dan tak kahwin lagi. Jangan gatal gatal kira!
Cara nak kira? Senang je…
Katakanlah,
Umur anda 27 tahun dan anda mahukan anak perempuan.
Menurut kalendar cina, bayi perempuan akan dilahirkan  dalam bulan:
  • January
  • Mac
  • Mei
  • June
  • November
  1. Pilih jantina bayi. G=girl, B=boy
  2. Tengok umur anda ketika hendak melahirkan
  3. Tengok bulan kelahiran, dan pilih.
  4. Berusaha!
Kalau anda pilih untuk melahirkan pada bulan Mei 2010, jadi proses ‘menanam benih’ kenalah buat 9-10 bulan sebelum bulan Mei 2010. Maksudnya, dalam bulan July 2009 korang kena berusaha sehabis baik untuk ‘tanam benih‘.
Mudah je caranya. Keberkesanan kalendar hampir 99% tepat. Ramai yang kata jangkaan jantina anak tepat mengikut kiraan kalendar cina ni. Tapi tu kalau tak salah kira la.
Ada jugak petua orang melayu, petua islam jugak. Tapi menjurus soal pemakanan and cara kita berjimak/bersetubuh ehem2 gitu. Untuk yang malas nak kisah soal pemakanan and cara berjimak tu boleh la try cara ni. Lebih senang. Tapi kalau jangkaan tak mengena janganlah dibuang baby tu. Anak apa pon semua amanat Tuhan. Jaga dan didik dia sebaik mungkin =)
Selamat mengira dan ‘tanam benih‘ untuk yang dah kahwin sahaja!
jeng...jeng..jeng....hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taadaaaaaaaa
my girl & boy......not finish :D

Monday, June 13, 2011

Birthday AMMAR 5 year.....luv u cayang





Hujung minggu baru ni we all 1 family balik ke kampung di Jitra, Kedah sbb tok my hubby xsihat......lg pun lama la jugak kami xbalik sana. Kebetulan dah balik kampung jd me bawa balik kek besday my boy kat sana, ramai skit kat sana. Ahad 12.6.2011 baru ni genaplah my hero Muhammad Khalis Ammar dah 5 tahun anak mama ni, kejap ja kan mcm baru ja ngandung kan & lahirkan dia dah pun besaq anak teruna ku ni hehehhe (siap minta adik la pulak nnt...bahaya nih). Apa pun Mama wish u happy yer cayang n semoga anak mama panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh dapat jaga mama n abah k sayang insyaallah......



Cantik tak kek besday Ammar???? cantikkan hehehe (mama lak yg over ckp cantik)







 Hadi pun xcited nak potong kek.....besday dia lambat g sama ngan my hubby lak tu :D



 Good Boy nni xsihat waktu celebrate besday kali ni.....ciannyer



Hasil dari potong kek tanpa di awasi org dewasa hahahaah


Wednesday, June 8, 2011

Tazkirah Seorang IBU......kalau lah aku ANAK itu

Cerita hal raya..........

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.
Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami 
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband)
 
dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan

.
.
IbuApa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3)dan Acik.(anak no.5) &(Saya anak bongsu yg ke-6) 
Ateh akan mendirikan
 rumahtangga tak lama lagi. 
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?

.

Ateh
 
& Acik : Betul....
mestilah ghumah ibu dulu.........
.

Ibu
 : Dengar dulu....
contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

.

Ateh & Acik
Ghumah ibulah.....
.

Ibu
Tidak.......
ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........
baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........
ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun

.

Ateh 
Mengangguk......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)

.

Acik 
Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......
kena gilir-gilirlahbaru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalaudia tak puas ati)

.

Ibu
 Ingatlah.....
jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti... 
taatlah pada suami dan mentua ........

.

Acik 
Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak bo leh gi rumah emak bapak

.

Ibu
 Bukan macam tu......
islam tu indah.......
setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....
untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... 
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....
kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar 
rumah mencari pahala...
.
.
Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......
jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...
Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. 
Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu padamasa itu. 

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

.
Ibu:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
.

Abang ipar
:Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.

Ibu
 : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.

Abang ipar
: Tidak bu.......
saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

.

Ibu 
: Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.

Abang ipar
: Mereka tiada halangan. 
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)

.

Ibu
 : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. 
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). 

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.
..
Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. 
Sebagai anak yang bo ngsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam 
tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. 
..

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak bo leh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpatlak.......).
 Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. 
Saya juga salah seorangmenantu yang disenangi. 
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......

sempurna
kah sudah aku sebagai seorang menantu?
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?......
berjayakah aku menjadi ibusepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn


.

Moral of the story

Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. 
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. 
Buat para isteri 
a.k.a anak perempuan, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...