Tuesday, March 22, 2011

Dah 10 Tahun rupanya kami bersama LUV U 2 MUCH

Alhamdulillah hari ni genap sudah perkahwinan kami yang dibina pada 22.3.2001 yang menjangkau 10 tahun lamanya, bermacam rencah kehidupan yang telah kami sama2 harungi biar pun pahit dan manis. Bukan senang kita nak melalui kehidupan suami isteri tanpa onak dan duri yang perlu kita tempuhi. Selama 10 tahun perkahwinan kami ni dah dikurniakan 2 cahayamata yang comei2 dan nakal serta banyak akal hehehehe, alhamdulillah tuhan kurniakan kami sepasang putera & puteri penyeri hidup kami berdua aminnnnnnnnnn. Pada MR. KHAIRUL AZAM BIN KHALID........sayang tetap menyayangi abang hingga akhir hayat (wahhhhh mcm skrip filem lak muhahahha) tp mmg ikhlas ni tau. Okey lah mood nak menaip panjang2 xder lak sbb kekeringan idea......tgk jer la pic kami together-gether hehehehe. Sape2 ada cadangan tempat yang best untuk kami 1 family celebrate bolehla bg cadangan hehehe........layanzzzzz
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


 duduk renggang2....bertambah sayang heheheh



plzzzz abaikan lemak yg memenuhi perut me ini okeyyyy (bila la nak kuaq lemak2 ni huhuhuh)

Thursday, March 17, 2011

KELEBIHAN & KHASIAT MEMELUK ISTERI ANDA......





Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” 
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Jadi mulalah skrg..........jgn la tunggu2 lagi anugerah yg tiada tandingannya.

Tuesday, March 15, 2011

TUPPERWARE TELAH DIJAMIN SELAMAT & ANTI POLIKABONATE






Sememangnya semua ibu2, bapak2 n rakyat 1 MALAYSIA dah tau kan polikarbonate tu sangat berbahaya terutama pada kanak2 yg menggunakan botol susu dan pada semua la yg menggunakan barang2 yang mempunyai bahan tersebut........jd jangan la tunggu2 lagi cepat2 la tukar kepada barang lebih selamat serta terjamin kualitinya. Salah satu produk yang kita semua sedia maklum adalah TUPPERWARE......mmg sah2 selamat n teruji secara klinikal muhahahaha. Walaupun harga sedikit mahal tp yg penting terjamin dan kualitinya terbaikkkkkkkkkkkk. Alahhhhh......skrg kita berbelanja lebih skit xsalahkan jgn lak nnt kita nyesal anak2 kita dapat mcm2 penyakit dr penjimatan kita yg tak tentu pasal tu heheheh. Jadi semua kawan2ku jom kitaaa selamatkan keluarga tersayang dr segala bahana yg tidak diinginkan ...................

BOTOL SUSU POLYCARBONATE DIHARAMKAN & SEMUA BEKAS YG MENGANDUNGI BAHAN BERBAHAYA

 PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

  Bagi ibu2 yang dengar pegumuman macam ni pasti hati kita gelisah, mula la mencari botol susu anak untuk kepastian
  Kat sini saya kongsi sedikit maklumat yang saya dapat dari hasil pencarian saya
semoga ianya berguna untuk ibu2 dan bapa2 diluar saya






Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Tips Memilih dan Merawat Botol Susu



ASI adalah pilihan utama untuk bayi dan menyusui adalah hal yang terbaik bagi bayi dan bunda. Jika ada kendala seperti bunda bekerja atau hal lainnya yang menyebabkan bayi menyusu dengan botol maka ada beberapa hal perlu diperhatikan dengan cermat.

Berikut dasar-dasar yang dapat dijadikan pertimbangan dalam memilih dan merawat botol susu bayi anda:

1.  Polycarbonate:  Adalah plastik yang dapat melepaskan BPA dan biasanya ditemukan pada botol yang memiliki kode #7 pada labelnya atau pada bagian dari botolnya.  HINDARI produk dengan kode #7 ini.

2.  Plastik yang lebih aman:  Pilihlah botol dengan kode huruf PETE (Polyethylene#1) atau PP (polypropylene#5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup aman.  Botol-botol ini bebas polycarbonate dan biasanya terbuat dari plastik yang tidak kaku dan mempunyai warna yang agak buram.

3.  Botol kaca:  Jika memungkinkan, pilihlah botol kaca.  Dengan botol kaca anda mengurangi kemungkinan terekspos bahan beracun sampai dengan 0%.

4.  Plastik lama:  Buang botol bayi dan sippy cup polycarbonate lama atau yang sudah tergores.  Plastik yang tergores, berawan (tidak bening) dan retak memiliki potensi yang besar akan melepaskan bahan kimia berbahaya.  Goresan juga dapat mejadi tempat pembiakan bakteri.

5.  Mencuci plastik:  Jangan pernah mencuci botol plastik anda di dishwasher atau air yang sangat panas karena dapat mengakibatkan lepasnya bahan kimia berbahaya.  Cucilah botol dengan tangan pada air yang hangat-hangat kuku.

6.  Dot botol bayi:  Biasanya terbuat dari silicon atau latex.  Silicon mempunyai warna yang lebih terang dan aman, karena latex berpotensi melepaskan zat racun karsinogenik (zat penyebab kanker).